Monday, January 10, 2011

Ana Raffali??

Assalamualaikum........selamat pagi murid-murid....eishhh..poyo la..semangat kembali ke sekolah gamaknyer..

Humang aihh..lama benau tak menjengah blog yg tak semenggah ni...macam bau kepam pun ada..haha...
okaylah..tetiba datang mood nak meroyan kat sini..owh..what the ??..hallloo cikgu guna la bahasa yang sopan sikit okeh? hmm..sebenarnya nak cerita pasal Ana Raffali..mood AJL malam tadi masih ada sisa-sisa lagi..okayla pada pandangan aku sebagai orang yang tak arif dalam bidang muzik ni, rata-rata semua aku berpuas hati kecuali Shahir dan Hafiz yang aku memang tak minat..haa.. tu pandangan peribadi okeh!..kan aku da cakap tadi aku tak arif bidang muzik..nape nak argue lak? lempang kang!..

hmm..masa result diumumkan macam tak puas hati sebab Hafiz tu menang vocal..pada aku biasaa jerr...(ayat ribena)..lepas tu bila juaranya Ana Raffali macam terkejut gak la....aku memang suka pada budak Ana ni sebab imej dan style dia..that's it..memang diakui, selalu kalau lagu dia keluar radio time driving, memang layan la lagu Tolong Ingatkan Aku tu..tapi bab korus je..rasanya ramai dah tau cara nyanyian dan sebutan dia yang ada sikit slang omputeh..tapi not a big deal bagi aku..ramai lagi penyanyi yang bermuka jawe tapi slang american..hambek kauu..heheh..

Ok, tadi dah kata terkejut kan, tapi dalam hati rasa mesti ada sesuatu nih sebab juri semua hebak-hebak belakee...maka dengan itu , hari ni dengan bantuan pakcik gugel aku menyiasat serba sedikit tentang siapa sebenarnya Ana Raffali..selepas baca website Ana, baca semua lirik lagu koleksi dia, komen-komen pembaca/supporters dia, baca ulasan blogger lain, wah!..terus bertambah jatuh cinta...tak seperti jatuh cinta pada Yuna yang masih belum berjaya membuatkan aku rasa nak beli cd dia..yang ni ada lebih sikit..sorry la aku bukan pemurah sgt nak beli cd artis Malaysia mahupun bukan Malaysia..memang kedekut..sebab aku rasa lagu bleh download kat mana-mana..aku prefer beli buku..ok stop bebel..

ok berbalik kepada cerita Ana tadi, aku terbaca jugak orang kutuk2 dia..kesian sangat..bukan kesian kat Ana tapi kat mereka yang berfikiran sempit dan cetek dan kolot dan tak matang eh macam2 lah... sebabnya Ana bukan menang dari segi persembahan mahupun vocal, tapi dari segi lagu beb..LAGU..tak paham konsep AJL ke??So, she deserves it!..lagu dia memang unik..ok itu word utk huraian aku..aku x perlu nak explain sebab orang yang terel bidang ni jer bleh explain..aku takat explain kat budak sekolah je boleh laa..

ahh, dahla malas nak citer lagi..sape yg x paham lirik TIA tu, ni ha dia...sgt puitis..suke la..

Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa dimakan hari

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa

tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

tolong ingatkan aku kisah kita
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa

tolong ingatkan aku
kisah kita

Lagu dan lirik oleh Ana Raffali (© 2009 anaraffali muzik ent.)

TAF Family Day 2009

ALBUM RAYA 2010